Friday, July 24, 2009

SejujuR Mana Kata-KatA....


Semua orang memperkatakan tentang jujur...Aku pun cuba untuk menjujurkan diri....
Sejujur-jujurnya aku tak lah faham sangat pasal broadband ni. Maklumlah budak kampung...Tapi sehari ke sehari aku harus berbangga juga dengan diri aku sendiri. Walaupun bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada, aku mampu mencapai teknologi broadband dengan kemudahan yang ada di kampung ku iaitu Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Pantai. Syukur dan terima kasih kepada kak jue dan kak ja yang banyak mengajar aku tentang dunia ict.

Banyak pulak aka berceloteh....
Setakat hari ini, apa yang aku faham tentang broadband adalah......

Pengalaman ...

Buat pertama kalinya dalam hidup, ketika usia saya 16 tahun 2 bulan 1 hari saya mendengar perkataan broadband...Tu pun melalui television dan radio. Masa tu adalah sebulan yang lalu. Entah mengapa hati ni rasa teruja pula hendak mengenali apa itu broadband...entah apa yang menariknya dengan broadband ni..hendak ku tanyakan pada abah, namun aku pasti sangat-sangat abah lagi la tak tau.

Pada suatu hari kawanku marina mengajakku pergi ke pusat komputer.Cyber cafe lah tu...itu aku tau sebab sejak setahun yang lalu aku dah berjinak-jinak dengan cyber cafe. Walaupun aku tak pernah keluarkan duit sendiri dan sekadar mendapatkan ehsan rakan-rakan karibku untuk tumpang gunakan pc dia orang,aku tetap berpeluang melayari internet.

Marina: Mia....cepatla... CBC dah buka tu.Bentak marina.

Aku : Ape ke bendenye CBC tu Marina. Tadi kau cakap nak pergi CC

Marina: CBC tu maknanya Community Broadband Centre

Aku : a.....broadband!

Marina: iyer...kat situ boleh belajar komputer percuma.Tapi kau kene lah daftar dulu.
Aku : Biar betul kau ni Marina, takkan lah zaman serba canggih ni ade lagi benda yang percuma.

Marina: Betul ni Mia...Abang aku dah pergi belajar kat situ. Sekarang ni dia tengah belajar buat blog

Aku : Yer ker marina...Kalau camtu aku nak cakap ngan mak ngan abah aku la..Dulu aku pernah nak masuk kelas komputer.Dah daftar pun.Aku memang excited sangat.Alih-alih abah cakap duit tak cukup. Duit yang ada pun cukup untuk beli ubat lelah adik aku jer...

Marina : Sabarlah Mia..dah la tu. Jangan sedih-sedih lagi. Peluang dah ade kat depan mata. Gunakan kemudahan ni sebaik mungkin. Aku doakan moga cita-cita kau untuk jadi seorang computer engineer berjaya.

Aku : Lambat lagi la...

Marina: Kita mesti bersedia dari awal Mia.

Aku : Betul juga kata kau tu. Dah la tu aku dah tak sabar nak belajar komputer ni...dah tak sabar nak buat blog aku sendiri.Nak ade email sendiri.Nak chatting...hehehe....

Marina: Amboi...sukanya.

Aku : Hehehe...mestilah.Peluang datang hanya sekali.

Sunday, July 19, 2009

Jalur Lebar Tanpa Wayar